Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi pada Rabu berbanding dolar US berikutan peniaga beralih daripada naratif kadar faedah AS dan kembali memberi tumpuan kepada perbezaan pertumbuhan, kata peniaga.

Keyakinan pasaran tinggi susulan jangkaan Lembaga Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan kadar faedah pada Julai, yang akan memberi manfaat kepada pergerakan dolar US.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1360/1390 berbanding dolar US daripada 4.1370/1400 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.2101/2156 daripada 5.2209/2255 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.6708/6758 daripada 4.6773/6815.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.8432/8470 daripada 3.8199/8241 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0512/0537 daripada 3.0509/0542 pada Selasa. – MalaysiaGazette