Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak menerima keputusan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat yang memecat Ketua AMK Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abd Aziz serta-merta.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK Sarawak, Saifunnizam Sam berkata, AMK negeri itu sentiasa mendukung aspirasi parti untuk tidak bertolak ansur dengan apa-apa jenis kesalahan dan tindakan yang boleh menjejaskan nama baik dan kod etika parti.

“AMK Sarawak menganggap ini sebagai mesej jelas daripada parti agar setiap ahli harus menghormati serta mematuhi peraturan dan disiplin parti,” katanya.

Dalam pada itu, AMK Sarawak berharap semua pihak dapat terus komited serta fokus dalam merealisisasikan agenda reformasi, berusaha meningkatkan ekonomi negara dan membangunkan kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Akhirnya PKR pecat Haziq

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.