Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Melayu memerlukan muafakat nasional jika mahu kuat bukan dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, muafakat nasional itu kini sudah terjalin di depan mata orang Melayu iaitu kerjasama UMNO dengan Pas.

“Oleh itu, orang Melayu wajar bersama dengan UMNO dan Pas jika mereka mahu melihat bangsa mereka kuat dan mempunyai parti yang benar-benar membela nasib mereka,” katanya menerusi hantaran Twitternya hari ini.

Beliau menjelaskan, yang bergaduh selama ini adalah pemimpin Melayu yang mahu melihat bangsa dan umat Islam berpecah dengan menubuhkan parti baharu kononnya memperjuangkan hak orang Melayu.

Hakikatnya, kata beliau, parti baharu (PPBM) itu hanya indah khabar dari rupa dengan memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu dengan menyeru menyertai partinya.

“Dalam perpecahan ini, yang bukan Melayu akan mengambil kesempatan sahaja. Mereka tentunya seronok melihat Melayu berpecah kepada banyak parti,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai parti itu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Jelas Perdana Menteri itu, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast