Jose Mourinho. Foto The Week UK.

LONDON – Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan telah menolak tawaran lumayan untuk mengendalikan sebuah kelab di China.

BBC melaporkan Mourinho telah ditawarkan peluang oleh kelab Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande dengan tawaran kontrak bernilai €100juta (RM456 juta).

Sekiranya menerima tawaran tersebut, Mourinho akan menjadi pengurus yang menerima gaji termahal dalam dunia bola sepak.

Namun pengendali yang berasal dari Portugal itu memilih untuk terus kekal di Eropah, dan menolak tawaran tersebut kerana enggan meninggalkan keluarganya.

Pengendali berusia 56 tahun itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat United pada Disember tahun lalu.

Guangzhou pula kini diurus oleh bekas bintang Piala Dunia Itali, Fabio Cannavaro. – MalaysiaGazette