Datuk Suboh Md Yassin. foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Datuk Suboh Md Yassin mengakui ingatannya tidak lagi kuat setelah diserang strok sebelum ini.

Bekas Pengarah SRC International Sdn, Bhd. itu  turut memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa memorinya tidak lagi kuat kerana pernah menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Kesihatan saya tidak begitu baik, akibat pintasan jantung dan strok, ia menjejaskan tekak saya, keupayaan saya untuk menelan.

“Ingatan saya agak terjejas,” kata bekas Pengarah syarikat itu ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

Saksi ke-42 perbicaraan SRC International itu kelihatan sering mengerutkan dahi apabila ditanya tentang beberapa soalan untuk membolehkannya mengingati fakta dengan tepat.

Pada 3 Julai lalu, Suboh sering kali menyatakan tidak tahu tentang perjalanan syarikat tersebut ketika masih menjawat jawatan pengarah.

Antara yang diberitahu oleh Suboh ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Harvinderjit Singh yang beliau tidak tahu tentang wujudnya akaun ‘rahsia’ Ambank yang berakhir dengan nombor 736. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.