Antoine Griezmann

SEPANYOL – Antoine Griezmann bakal berdepan tindakan saman  apabila gagal menyertai latihan pra musim pasukan Atletico Madrid.

Penyerang antarabangsa Perancis itu sedang dalam proses melengkapkan perpindahan ke Barcelona tetapi rundingan gagal dimeterai oleh kedua dua pihak.

Atletico mendakwa pesaing terkuat la Liga itu cuba menggunakan taktik kotor untuk menandatangani pemain prolifik itu tanpa kebenaran kelab.

Kini Griezmann berisiko menjejaskan hubunganya dengan kelab apabila gagal hadir ke latihan pramusim di Pusat Majadahonda pada Ahad lalu.

Tindakan itu mengakibatkan Griezmann ditinggalkan pasukannya ke San Rafael de los Angeles, di utara Sepanyol.

Atletico mengarahkan Griezmann melaporkan diri untuk latihan namun tidak muncul dan tindakan disiplin akan  menyusul ke atas pemain itu.

Kini the Catalans perlu menjelaskan yuran klausa pelepasan bernilai 120 juta euro untuk mendapatkan Griezmann.

Tuntutan Barcelona yang mahu membayar yuran perpindahan Griezmann secara ansuran ditolak Atletico.

Sebelum ini Atletico memberi amaran kepada Barcelona kerana didakwa melanggar etika bola sepak apabila hanya berbincang dengan egen pemain tanpa pengetahuan kelab.- MalaysiaGazette