Neymar berdepan tindakan disiplin PSG kerana didakwa gagal hadir ke latihan pramusim pasukan

PARIS – Paris Saint Germain mahu mengambil tindakan tegas ke atas Naymar kerana gagal muncul pada latihan pra musim kelab itu Isnin lalu.

Dalam kenyataan rasmi, juara Ligue 1 itu membidas etika dan kelakuan pemain antarabangsa Brazil itu.

Bagaimanapun bapanya yang juga ejen pemain itu menafikan dakwaan PSG.

PSG berkata, mereka telah menandatangani perjanjian mengenai bila dan di mana Neymar perlu melapor diri untuk latihan.

Tetapi pemain itu didakwa gagal menghadirkan diri ke latihan pasukan tanpa memaklumkan sebab ketidakhadirannya.

Bagaimanapun, Naymar yang bercakap kepada Fox Brazil memberitahu bahawa sejak setahun lalu, PSG sedia maklum dia tidak akan hadir sehingga 15 Julai ini disebabkan tanggungjawab menguruskan Institut Neymar.

“Kelab (PSG) sedia maklum sebab ketidakhadiran saya dan tahu penglibatan saya dalam aktiviti yayasan Neymar,” katanya.

Khabar angin kuat mengaitkan Naymar meninggalkan PSG untuk kembali ke Barcelona.- MalaysiaGazette