Keadaan dalam pesawat Canada Air yang dilanda pergolakan udara ketika dalam penerbangan ke Sydney. foto AGensi

HONOLULU – Sekurang-kurangnya 35 orang cedera selepas pesawat Air Canada bergegar akibat ribut udara.

Sembilan daripada mereka mengalami cedera parah dan 21 lagi cedera ringan. Mereka yang cedera itu termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Ketika kejadian, pesawat itu membawa 284 orang penumpang termasuk 15 anak kapal dan dalam penerbangan dari Vancouver ke Sydney tetapi terpaksa dialihkan ke Hawaii.

Ribut itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian10,973 meter (36,000 kaki) kira-kira 966 kilometer barat daya Honolulu, kata jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Aan Ian Gregor.

Kesemua penumpang yang cedera diberi rawatan sebaik sahaja pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Honolulu.

“Pesawat Boeing 777-200 dilanda ribut udara secara tiba-tiba…dua jam sebelum tiba ke Hawaii,” kata syarikat penerbangan itu.

canada
Topeng udara dalam pesawat kelihatan bergantungan selepas pesawat Boeing milik Canada Air dilanda ribut udara. foto Agensi

Semua penumpang diberi penginapan sementara penerbangan seterusnya diaturkan.

“Kami dilanda taufan dan kami melambung ke bumbung pesawat dan semuanya jatuh, penumpang berterbangan,” kata seorang penumpang, Jess Smith.

Seorang lagi penumpang berkata: “Ada penumpang yang tidak memakai tali pinggang, melambung ke atas dan kepala terhantuk ke bumbung”. – MalaysiaGazette