Chef Wan

KUALA LUMPUR – Chef Wan mahu heret Majlis Belia Felda Malaysia ke mahkamah ekoran kenyataan isu Ikon Felda yang diterimanya baru-baru ini.

“Ini pun batu api yang besar juga which i like to take him to court to teach them a lesson not to tambah asam garam apa yang saya perkatakan dan jangan cepat melatah and sensitive tak bertempat.

“Nak malu dan jatuhkan saya? Kita tengoklah nanti,” tulisnya dalam media sosialnya hari ini.

Selebriti itu mengulas kenyataan Presiden Majlis Belia Felda, Muhammad Fadzli Hasan yang mendakwa dirinya tidak layak menerima anugerah Ikon Felda kerana kenyataannya sebelum ini tidak menjaga sensitiviti masyarakat peneroka.

Its time for me to teach them a lesson for embarrasing me macam itu. Padahal apa yang kata adalah benar belaka,” katanya lagi.

Sepatutnya pihak terbabit berterima kasih kepadanya yang mahu membantu belia-belia di Felda.

Menurutnya, pengerusi dan ketua pengarah Felda sendiri melantiknya menjadi Ikon Felda kerana niatnya mahu membuat program khas kepada belia Felda.

“Nak mempertikai pun janganlah nampak kita ini kurang cerdik dengan pandangan kita ini especially at his level to represent Belia Felda is shocking for me!

“The anugerah is only sebuah piala bangunan FELDA sahaja bukannya i dapat duit berjuta pun yang nak dirisaukan,” katanya.

Beliau berhasrat mahu membangunkan sekolah kulinari di Felda Mempaga dengan memperbaiki kemudahan dan menstruktur semula.

“Itu bukan satu pengorbanan ke? Dia mampu ke nak buat apa yang saya buat and achieved all this year for the country and globally?

“Bila kita bodoh dan sombong ada pulak penyakit hati susah itu,” katanya.

Menurut Chef Wan, sehari selepas menerima anugerah dan mendapat respon buruk dia berhasrat memulangkannya semula tetapi ditolak oleh pengurusan Felda.

Bagaimanapun, katanya, kepimpinan utama Felda dan beberapa menteri memujuk dan menasihatinya supaya jangan takut menyatakan kebenaran membela anak Felda.- MalaysiaGazette