KUALA LUMPUR – Artis Korea, Jung Joon Young ketika perbicaraan di mahkamah Seoul semalam mengaku merakam video secara tersembunyi ketika dia melakukan hubungan seks dengan mangsa dan kemudian menyebarkan dalam aplikasi perbualan, KakaoTalk.

Bekas pengacara program 2 Days 1 Night itu bagaimanapun menafikan tuduhan dia memperkosa mangsa sebaliknya menyatakan kelakuan itu atas dasar suka sama suka.

“Benar tertuduh mengambil video secara haram namun, aktiviti seksual yang dilakukan ketika itu atas dasar suka sama suka dan mangsa dalam keadaan sedar dan boleh menolak.

“Perbualan di KakaoTalk tidak tepat sebagai bukti kerana diperoleh secara haram,” kata peguam yang mewakili Jung Joon Young.

Sementara itu, seorang lagi selebriti, Choi Jonghoon meminta maaf kepada masyarakat kerana juga terjebak dengan kontreversi video lucah itu.

Choi Joong Hoon menyesal dan meminta maaf kerana terjebak dengan kegiatan video porno rakannya, Jung Joong Young.

Namun, dia juga menyangkal dakwaan melakukan gangguan seksual mahupun merogol mangsa.

“Jonghoon ada bertemu dengan mangsa, tetapi tidak memaksanya berpelukan atau mencium. Seingatnya, dia langsung tidak melakukan gangguan seksual seperti yang didakwa”, kata penguam bela Jonghoon.

Sementara itu, perbicaraan kedua akan bersambung pada 19 Ogos ini. Mangsa dijangka akan hadir ke mahkamah sebagai saksi. –MalaysiaGazette