KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan mengatakan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tidak diberi makan dalam tempoh 24 jam semasa dalam tahanan reman.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan perkara itu tidak berasas dan pihaknya tidak melakukan perkara berkenaan.
“Itu semua dakwaan yang tak betul, saya tolak sekeras-kerasnya”, katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormatnya ke Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini.

Semalam, Farhash bersama seorang lagi lelaki ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan video seks luar tabii bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Ketika ditanya tetang ketulenan video seks, Abdul Hamid bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu.
“Saya akan keluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















