Wanita nyaris melahirkan anak dalam kereta selepas air ketuban pecah dalam perjalanan ke hospital bersalin dalam teksi.

LONDON – Seorang pemandu teksi memarahi wanita sarat mengandung selepas air ketuban pecah danĀ  membasahkan tempat duduk penumpang.

Pemandu teksi itu membawa wanita hamil itu ke hospital untuk bersalin namun air ketuban yang pecah dan membasahkan tempat duduk penumpang belakang menyebabkan dia bengang.

Dana Harrison, 23, bergegas ke hospital 11 hari awal daripada tarikh melahirkan anak yang diberikan pakar sakit puan.

Apa yang mengejutkan, kepala bayinya berada di tangan ibu muda itu setelah teksi tiba di hospital.

Semasa wanita itu keluar dari teksi dan duduk atas kerusi roda di wad kecemasan bersalin, pemandu yang tidak dikenali itu menjerit sama ada wanita itu akan kembali membersihkan keretanya.

“Dia (pemandu teksi) berkata akan tunggu di luar hospital sehingga seseorang membawa kain lap dan mahu saya kembali dan membersihkan tempat duduk belakang kereta yang basah,” kata Dana dengan nada sedih dan kecewa.

Tidak berani melawan pemandu teksi selain terdesak masuk ke wad bersalin, akhirnya Dana berjaya bersetuju membayar tambang lebih 30 pound bersama caj asal 3 pound yang dikenakan pemandu teksi itu pada awalnya.

Dana kemudian dibawa oleh jururawat ke wad bersalin Hospital Leeds St James sebelum melahirkan bayi lelaki bernama Blake.

“Saya nyaris melahirkan anak dalam teksi apabila kepalanya sudah terkeluar sedikit setelah sampai ke hospital sebelum pemandu itu menjerit kerana tempat duduk penumpang belakang basah air ketuban.

“Saya terus tertekan sebab saya tak jangka melahirkan anak begitu cepat.

“Apabila saya sudah sampai ke hospital dia minta 50 pound tetapi saya hanya mempu bayar 30 pound kepadanya sebelum dia menunjukkan tanda tidak puas hati.

“Ketika saya dibawa masuk ke wad menggunakan kerusi roda pemandu teksi itu masih berdiri di sana dan menjerit ke arah saya,’ keluhnya.

Tambah Dana, sebenarnya tempat duduk tidak terlalu kotor seperti yang didakwa.

“Hanya sedikit air yang membasahi tempat duduk sebaliknya seluar saya yang sudah basah. Dia lelaki yang teruk.. saya berharap situasi sebegini tidak berlaku kepada wanita lain,” ujarnya.

Semasa kecemasan dia berada di kediaman kakaknya di Seacroft pada Isnin dan segera memanggil teksi untuk ke hospital.

Suaminya, Aiden Ibbotson, 23, ketika itu keluar memancing dengan kawannya dan dapat menemaninya di wad selepas melahirkan anak lelakinya.

“Saya cuba menhubungi syarikat teksi itu untuk mendapatkan identiti pemandu yang mengkasari isterinya sewaktu kecemasan namun majikan itu sekadar merakamkan maaf atas insiden itu.

“Saya sangat marah ketika itu dan minta majikan teksi nombor lencana pemandu itu namun majikan enggan mendedahkannya,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette