Messi sudah bersara
Lionel Messi.

RIO DE JANERIO – Badan pemantau bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL menjatuhkan hukuman gantung satu perlawanan ke atas penyerang Argentina, Lionel Messi dan denda $1,500 kerana kesalahan mengeluarkan komen yang dianggap tuduhan.

Pada saingan Copa America 2019, Messi menuduh CONMEBOL sebagai korup dan membantu Brazil untuk juara.

Bintang sensasi Barcelona itu turut mempertikaikan kredibiliti pengadil yang dianggap tidak bagus dan berat sebelah yang menjadi sebab kenapa kemenangan Argentina ‘dirompak’.

Argentina sekadar menamatkan saingan di tangga ketiga dalam Copa America 2019.

Messi ketika ini masih bercuti selepas tugasan antarabangsa.

Dia menjadi tumpuan peminat Barcelona untuk kembali ke kem pra musim bagi memulakan sesi latihan dengan penyerang baharu, Antoine Griezmann dalam usaha membentuk gandingan berbisa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast