Sajid Javid (tengah) muncul sebagai warga Asian Pertama yang menjawat jawatan dalam Kabinet baharu PM Britain Boris Johnson hari ini.

LONDON – Sajid Javid muncul warga Asia pertama dilantik sebagai Canselor dalam Kabinet baharu Perdana Menteri, Boris Johnson.

Javid sebelum ini tersenarai sebagai salah seorang calon mengetuai parti Konservatif sebelum Boris dipilih sebagai Perdana Menteri semalam.

Javid sebelum ini menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri di bawah kepimpinan Theresa May sejak April 2018.

Priti Patel
Priti Patel antara menteri kanan yang menghiasai kabinet baharu dibawah Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini.

Malah turut mengangotai Kabinet ialah bekas Setiausaha (Menteri) Pembangunan Antarabangsa, Priti Patel yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Beliau merupakan antara Menteri Kanan Kabinet baharu Johnson yang dianggotai 26 orang.

Ahli Parlimen Witham itu dipaksa meletakkan jawatan dari Kabinet Theresa May pada 2017 selepas didakwa mengadakan pertemuan rahsia dengan kerajaan Israel.

Priti yang terkejut dengan lantikan itu menyifatkan ia sebagai penghargaan tertinggi kerajaan dan bersedia mengharungi cabaran yang menanti beliau.

Manakala Dominic Raab pula dinamakan sebagai Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Komanwel selain merupakan Menteri Kanan dalam Kabinet Johnson selepas tidak diisi sejak 2017.

adik boris
Adik Boris, Jo Johnson dilantik sebagai Menteri Strategik Perniagaan, Tenaga dan Industri UK dalam kabinet baharu Boris Johnson.

Adik Johnson, Jo Johnson turut tersenarai dalam kerajaan baharu diketuai abangnya dengan memegang portfolio sebagai Setiausaha Strategi Perniagaan, Tenaga dan Industri.

Namun Menteri yang bertanggungjawab untuk isu Brexit di bawah pimpinan May, Stephen Barclay dikekalkan dalam jawatan itu oleh Johnson manakala Ben Wallace pula dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan. – MalaysiaGazette