KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 11 sen seliter kepada RM2.56 seliter bagi tempoH seminggu, bermula 27 Julai hingga 2 Ogos depan.

Harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing dIjual pada harga Rm2.08 dan RM2.18 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing adalah sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.31 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.37 seliter dan diesel pada RM2.37 seliter,” katanya dalam kenyataan.

Namun menurut kenyataan itu, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Tambahnya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 27 Julai 2018 hingga 2 Ogos 2018 adalah bsebanyak RM90.48 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast