Pyongyang melancarkan dua lagi peluru berpandu jarak dekat pada 24 Ogos 2019, bedilan kali ketujuh dalam tempoh beberapa minggu. foto Agensi

SEOUL – Korea Utara melepaskan peluru berpandu jarak dekat yang tidak dapat dikenal pasti sebanyak dua kali.

Ia merupakan ujian senjata yang dilakukan dalam tempoh seminggu.

Pelancaran itu berlaku di kawasan pantai timur negara itu pada awal hari Jumaat.

Korea Utara dipercayai melancarkan tindak balas kepada latihan ketenteraan yang dirancang antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat pada bulan ini.

Sementara itu, United Kingdom, Perancis dan Jerman telah meminta Korea Utara untuk mengadakan semula dengan Amerika Syarikat.

Selepas mesyuarat tertutup di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara berkenaan berkata, sekatan antarabangsa perlu dikuatkuasakan sepenuhnya sehingga Pyongyang telah menghapuskan program peluru berpandu nuklear dan balistik sepenuhnya.

Pelancaran itu berlaku pada pukul 02:59 (17:59 GMT Khamis) dan pukul 03:23 waktu tempatan dari kawasan Yonghung di wilayah Hamgyong Selatan ke Laut Jepun, juga dikenali sebagai Laut Timur, menurut Ketua Staf Bersama Korea Selatan ( JCS).

Kawasan itu merupakan tapak pelancaran yang belum pernah digunakan sebelumnya, kata Ankit Panda, pegawai kanan tambahan di Persekutuan Saintis Amerika.

“Sudah menjadi amalan era Kim Jong Un yang melancarkan roket pada waktu malam pada lokasi yang jarang digunakan,” katanya.

Mengulas mengenainya, Presiden Donald Trump berkata, beliau tidak bimbang kerana roket yang dilancarkan adalah jarak jauh dan ‘sangat standard’.

Rabu lalu, Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu sejauh 250 kilometer dengan ketinggian 30 kilometer sebelum mendarat di Laut Jepun.

Korea Selatan mengenal pasti senjata itu berbeza dengan model-model sebelumnya. – MalaysiaGazette