KUALA LUMPUR – Jabatan Penyiaran Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai laporan media sosial berkaitan telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ yang akan ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), September depan.

Menurut kenyataan satu muka surat itu, jabatan itu menjelaskan telefilem keluaran Prokuya Studios masih di peringkat penilaian.

“RTM sentiasa menghargai dan menerima maklumbalas daripada orang ramai terhadap pandangan yang diberikan Telemovie ini belum dijadualkan dalam siaran.

“la dalam proses penilaian. Teruskan menjadi penyokong setia RTM,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Drama arahan Eyra Rahman itu mencetuskan provokasi dengan mengangkat tema lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di pusat tahfiz.

Perkara itu dinafikan Penerbit Eksekutifnya, Yana Samsudin yang berkata ia adalah polemik segelintir pihak yang mendapat maklumat salah mengenai plot cerita.

Telefilem itu menampilkan pelakon Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Aman Graseka dan Sheila Mambo.

Drama itu menerima kecaman pelbagai pihak sehinggakan wujud satu petisyen atas nama “Haramkan Telefilem Sampah Memburukkan Institusi Tahfiz’.

Petisyen itu diwujudkan satu kumpulan yang dinamakan ‘Pembela Agama Allah’ yang kini sudah mencecah 50,000 tandatangan sebagai langkah untuk mengharamkan drama itu daripada ditayangkan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/03/sudah-50000-netizen-bantah-tayangan-drama-demi-tuhan-aku-bersaksi/

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.