Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Gambar hiasan

PORT LOUIS – Petronas menandatangani perjanjian dengan Gabon bagi dua permit penerokaan selepas negara Afrika itu mewujudkan satu undang-undang minyak baharu, bulan lepas, kata Menteri Petroleum Gabon, Noel Mboumba.

Menurut satu kenyataan, Petronas yang telah bertapak di Gabon merupakan syarikat pertama menandatangani kontrak penerokaan dan pengeluaran di negara itu dalam tempoh lima tahun.

Perjanjian tersebut adalah susulan semakan semula kod hidrokarbon yang telah diluluskan negara berkenaan minggu lepas hasil sokongan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Kod baharu itu lebih menarik secara fiskal berbanding kod sebelum ini.

Seperti beberapa negara Afrika lain, Gabon yang merupakan salah satu ahli OPEC, bergantung kepada pendapatan minyak.

Baru-baru ini Gabon meletakkan 35 blok minyak untuk dijual.

Perjanjian dengan Petronas melibatkan blok luar pesisir F12 dan F13. Apabila dibangunkan, blok-blok tersebut bakal menghasilkan 200,000 tong minyak sehari.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast