Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan satu debat bertajuk Who Is The Real Terrorist diadakan di antara Dr Zakir Naik dan Dr P. Ramasamy.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asri Zainul Abidin menasihatkan agar orang Islam di negara ini supaya tidak memuat naik gambar atau video sembelihan korban di media sosial atau mana-mana medium sosial.

Menurut Mufti Perlis itu, keadaan haiwan yang terseksa ekoran sembelihan mahupun cara ia dikendalikan akan menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang serong terhadap kemurnian ibadah korban itu.

“Ramai yang memasukkan gambar sembelihan lembu ataupun kambing, kadang kala mereka masukkan gambar atau video betapa terseksanya haiwan itu disembelih.

“Dengan cara ia ditumbangkan, diikat dan bagaimana ia diuruskan sehingga orang bukan Islam ataupun yang tidak beragama mereka akan merasai berapa tidak wajarnya Islam ini di mata mereka pada musim korban ini,” katanya dalam satu video yang disiarkan dalam media sosial hari ini.

Dr Asri berkata, perkara itu jelas akan menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah penganut agama lain mahupun pengamal vegetarian (tidak makan daging).

“Jangan sekali kita ambil gambar dalam bentuk yang salah, lalu akan beri mesej yang salah kepada orang ramai.

“Ini bukan ajaran nabi Muhammad, kena sembelih dengan cara yang terbaik, jika ingin menyembelih tunjukkan kepada dunia bagaimana santunnya Islam menguruskan haiwan korban mereka.

“Hasil daripada pengurusan yang silap lalu memberikan mesej yang salah terutamanya kepada golongan vegetarian dan tidak makan haiwan. Mereka mengkritik sebahagian amalan agama bukan kerana ajarannya tetapi kerana tingkah laku pengikutnya di atas nama agama,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar mana-mana individu yang ingin melakukan ibadah korban agar menyerahkan tugas itu kepada pihak-pihak yang mempunyai kepakaran khusus mengenai itu.

Jelasnya, ia dilihat perlu bagi memastikan ibadah suci ini dipandang tinggi dan mendapat keredhaan Allah.

“Jika kita tidak pakar, kita serah kepada tempat yang dapat menguruskannya dengan baik. Tidak perlu sembelih haiwan itu di hadapan haiwan dengan cara yang menakutkan,” nasihat beliau. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tak setuju pendaoat mufti Perlis ni, ibadah kenapa nak dicacatkan dengan kononnya nak meniaga hati penganut agama lain …?

  2. Apakah hukum mengambil gambar ketika penyembelihan lembu korban? Bolehkah kongsi gambar yg diambilnya di media sosial?

Comments are closed.