Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia berjaya mendapat balik sebahagian daripada kerugian awalnya, sebelum berakhir pada 1,600.29 walaupun ditutup lebih rendah hari ini iaitu sebanyak 0.02 mata.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) disokong kebanyakannya, oleh minat belian dalam saham-saham wajaran tinggi yang terkait dengan perladangan.

Barometer pasaran dibuka 15.40 mata lebih rendah pada 1,584.91 daripada 1,600.31 yang direkodkan semasa penutup semalam dan berlegar antara 1,581.26 dan 1,600.29 sepanjang hari ini.

Di pasaran yang lebih luas, sentimen kekal lemah berikutan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 616 – 229, manakala 334 kaunter tidak berubah, 754 tidak didagangkan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah lebih rendah pada 1.94 bilion unit bernilai RM1.85 bilion berbanding 2.40 bilion unit bernilai RM1.65 bilion yang dicatatkan pada hari Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran tempatan hari ini bergerak sejajar dengan penurunan drastik semalaman Dow Jones Industrials, ia menurun lebih 800 mata, menolak penyongsangan keluk hasil AS ke dalam perhatian.

“Ini disebabkan para pelabur sedang mengalihkan peruntukan aset mereka kepada pendapatan tetap khususnya bon kerajaan bagi mengekalkan modal pelaburan mereka. Ini terjadi berikutan ketidaktentuan akibat perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan FBM KLCI akan kekal tidak menentu sehingga ketegangan perdagangan AS – China berakhir.

Pada penutup, Sime Darby Plantation naik 14 sen kepada RM4.81, Kuala Lumpur Kepong menokok 28 sen kepada RM23.90 dan IOI Corporation bertambah tiga sen kepada RM4.23.

Bagaimanapun, saham-saham wajaran tinggi yang berkaitan dengan kewangan seperti Hong Leong Bank merekodkan kerugian sebanyak 38 sen kepada RM17.04, manakala Maybank dan CIMB, masing-masing jatuh empat sen kepada RM8.55 dan RM5.05.

Mohd Afzanizam ketika mengulas mengenai prestasi kaunter-kaunter perkhidmatan kewangan berkata pasaran kewangan adalah penunjuk utama ekonomi global dan kejatuhan kali ini bukan satu tanda yang baik.

“Biasanya, pasaran-pasaran kewangan berada di hadapan ekonomi makro terutama dalam konteks perang perdagangan yang berterusan,” katanya.

Bagi saham aktif, Bumi Armada turun satu sen kepada 21.5 sen, KNM dan MNC Wireless masing-masing susut setengah sen kepada 37.5 sen dan 7.5 sen, Genting Malaysia turun empat sen kepada RM3.07 dan Ekovest rekodkan kerugian sebanyak satu sen kepada 81 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 18.5 mata kepada 11,317.48, Indeks FBMT 100 merosot 14.55 mata kepada 11,156.42 manakala Indeks Emas Syariah meraih 7.01 mata kepada 11,848.83.

FBM 70 berkurangan sebanyak 77.97 mata kepada 14,101.23 dan FBM Ace hilang 50.25 mata kepada 4,591.61

Secara sektoran, Indeks Perkhidmatan Kewangan mencatatkan penurunan sebanyak 123.92 mata kepada 15,556.38, Indeks Perladangan meningkat 81.43 mata kepada 6,803.43 dan Indeks Produk Perindustrian serta Perkhidmatan menyusut sebanyak 1.52 mata kepada 149.63.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 1.19 bilion saham bernilai RM1.67 bilion berbanding dengan 1.62 bilion saham bernilai RM1.46 bilion semalam.

Jumlah dagangan Waran menokok kepada 497.67 juta unit bernilai RM129.53 daripada 428.79 juta unit bernilai RM119.14 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 245.44 juta unit bernilai RM42.77 juta berbanding dengan 347.13 juta bernilai RM65.10 juta yang dicatatkan pada hari Rabu.

Produk dan Perkhidmatan Pengguna menyumbang sebanyak 234.93 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, Produk dan Perkhidmatan Perindustrian (174.62 juta), Pembinaan (85.57 juta), Teknologi (169.07 juta), SPAC (sifar), Perkhidmatan Kewangan (50.92 juta), Hartanah (106.29 juta), Perladangan (11.87 juta), REIT (23.51 juta), Dana Tertutup (8,000), Tenaga (223.10 juta), Penjagaan Kesihatan (16.13 juta), Telekomunikasi dan Media (50.03 juta), Pengangkutan dan Logistik (35.57 juta) serta Utiliti (14.65 juta). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.