JAKARTA – Presiden Indonesia pada hari ini mengusulkan untuk memindahkan ibu kota negara itu dari Jakarta, sebuah kota tercemar, dengan kepadatan 10 juta orang penduduk, ke pulau Borneo.

Presiden Joko Widodo mencadangkan ibu negara baharu di Kalimantan, di pulau Indonesia yang dikongsi bersama dengan Malaysia dan Brunei, dalam ucapannya di Parlimen, sehari sebelum cuti sambutan kemerdekaan negara.

“Saya dengan ini meminta izin anda untuk memindahkan ibu negara kita ke Kalimantan,” kata Widodo, yang akan bersumpah untuk penggal kedua pada Oktober ini selepas memenangi pemilihan pada bulan April lalu.

Katanya, ibu kota bukan sekadar simbol identiti negara, tetapi juga mewakili kemajuan negara.

“Ini adalah untuk merealisasikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi, “katanya.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan lokasi tepat kawasan yang dikenali sebagai hutan hujan, lombong arang batu, orang utan dan kediaman kepada lebih dari 16 juta orang penduduk.- MalaysiaGazette