KABUL – Berpuluh-puluh orang terbunuh dan tercedera apabila seorang pengebom berani mati meledakkan bahan letupan pada satu majlis perkahwinan di barat Kabul malam semalam, kata seorang pegawai kerajaan.

Lebih daripada 1,000 orang dijemput pada majlis tersebut, kata seorang saksi, ketika kekhuatiran meningkat ia mungkin merupakan serangan terburuk dengan jumlah korban teringgi pada tahun ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nusrat Rahimi memberitahu The Associated Press bahawa penyerang tersebut meletupkan dirinya di tengah-tengah tetamu pada majlis perkahwinan itu.

Letupan berlaku berhampiran pentas di mana ahli muzik dan ‘semua remaja, kanak-kanak dan semua orang terbunuh’ kata saksi, Gul Mohammad.

Salah seorang mangsa yang tercedera, Mohammad Toofan berakata, ‘ramai yang mati’. Para pegawai dijangka mengumumkan jumlah kematian hari ini (Ahad).

“Terdapat ramai yang mati dan cedera,” kata seorang mangsa yang terselamat, Ahmad Omid sambil menambah seramai 1,200 tetamu diundang ke majlis supupu ayahnya itu.

“Saya bersama pengantin lelaki berada di bilik lain apabila kami terdengar letupan dan saya tidak dapat mencari sesiapa. Semua orang terbaring di dewan,” katanya.

Di luar sebuah hospital, kelihatan ahli keluarga menangis selain terdapat tubuh mangsa yang dipenuhi darah. – Agensi