KUALA LUMPUR – Barisan pemimpin pembangkang termasuk Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa antara panelis Program Bual Bicara Wacana anjuran akhbar Sinar Harian bagi siri yang ke-120 esok.

Selain Annuar, Presiden Berjasa, Datuk Dr Badrulhisham Abd. Aziz; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan penganalisis politik, Prof. Dr Ridhuan Tee Abdullah turut menjadi panelis.

Personaliti program televisyen, Finaz Yunus akan menjadi moderator dalam program berkenaan yang akan berlintas langsung pada pukul 2.30 petang.

Program tersebut akan berlangsung di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam dengan membawakan tajuk ‘Melayu Islam Pasca PRU-15’.

Antara perkara dijangka dikupas dalam wacana itu iaitu isu-isu yang bersifat prospektif dan terkehadapan. – MalaysiaGazette