Eric Trump bergambar bersama isteri dan dua anaknya. foto Agensi

NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima kehadiran cucu ke-10 selepas menantunya, Lara selamat melahirkan bayi perempuan.

“”@LaraLeaTrump dan saya gembira mengalu-alukan kehadiran Carolina Dorothy Trump ke dunia. Kami sayangkan awak,” kata Eric Trump menerusi laman Twitter miliknya.

Eric merupakan anak Trump yang ketiga.

Ketika ini, Eric adalah eksekutif kanan di The Trump Organization. – MalaysiaGazette