DOHA – Qatar dilapor menarik balik sokongan terhadap China yang menahan berjuta-juta etnik Muslim Uighur, perbezaan pendekatan antara negara-negara Islam mengenai tindakan kuasa besar dunia itu.

Pada asalnya, negara kecil di Teluk itu merupakan antara 37 negara – termasuk Arab Saudi, Pakistan dan Mesir, menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mempertahankan penahanan kaum etnik Muslim itu sebagai sah dalam usaha menentang keganasan dan langkah ‘de-radikalisasi’

Namun Qatar kini menukar haluan dan mengutus surat kepada Majlis hak Asasi Manusia PBB meminta namanya dikeluarkan daripada surat sokongan, menurut Bloomberg.

Duta Qatar ke PBB, Ali al-Mansouri berkata: “Kami harap untuk mengekalkan pendirian neutral dan kami menawarkan perkhidmatan perantaraan dan kemudahan.

Negara Islam berpecah dua bagaimana untuk bertindak terhadap tindakan China yang menahan dua juta etnik Muslim Uighur. Turki mengecam tindakan China dan menuduh Beijing ‘mendera dan memberi tekanan politik dalam kem tahanan,”.

Bagaimanapun, negara Islam lain, khususnya Arab Saudi, menegaskan tindakan China itu membenarkan pendekatan tersebut dan memuji kerajaan negara tersebut kerana ‘menanam kegembiraan, penggenapan dan keselamatan yang kukuh’ dalam kalangan kaun etnik Muslim Uighur.

Kerajaan Qatar sering kali bertindak sebagai broker untuk rundingan antara pihak yang bertelagah.

Perunding Ameerika Syarikat (AS) kini bermesyuarat dengan wakil Taliban di Doha untuk rundingan damai, manakala Israel dan Hamas kadang kala menggunakan Qatar sebagai saluran rundingan tidak langsung.

Surat awal yang menyokong China ditulis selepas United Kingdom dan 21 buah negara Barat mengutus surat pada Julai lalu mengutuk pendekatan China terhadap kaum etnik Uighur.

AS tidak menandatangani surat tersebut dan pentadbiran Presiden Donald Trump mengambil pendekatan bercampur terhadap isu tersebut.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengutuk penahanan kaum etnik Uighur dan menyifatkannya sebagai ‘kekototan abad ini’ terhadap hak asasi manusia.

Bagaimanapun Trump tidak banyak berkata dan terus memuji Presiden China, Xi Jinping. – Agensi