Sebahagian hasil masakan Chef, Chy Hoi Sun pada sesi food review dan fotografi di Restoran Skaters Dim Sum, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Dim sum sememangnya telah menjadi hidangan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan lebih menarik kini Dim Sum halal boleh dinikmati di kebanyakan restoran menjadikan masakan ini semakin digilai pelbagai bangsa.

Chef, Chy Hoi Sun bergambar bersama sebahagian hasil masakannya pada sesi food review dan fotografi di Restoran Skaters Dim Sum, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 OGOS 2019

Secara harafiahnya, dim sum beerti ‘titik hati’ bagi kaum Cina.

Bagi penggemar dim sim, Restoran Skaters Dim Sum di e-Curve menghidangkan lebih 40 jenis dim sum pelbagai rasa.

Suasana restoran pada sesi food review dan fotografi di Restoran Skaters Dim Sum, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 OGOS 2019

Apa yang uniknya, dim sum yang ada di restoran itu adalah cara pembuatannya.

Chef Chy yang bertanggungjawab menyediakan setiap hidangan berdasarkan tempahan. Ini bermaksud, tidak ada dim sum sejuk beku di restoran itu berbanding di restoran lain.

Chef, Chy Hoi Sun mempamerkan kebolehannya menyediakan Dim Sum pada sesi food review dan fotografi di Restoran Skaters Dim Sum, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 OGOS 2019

Rasa intinya yang terdiri daripada makanan laut, daging, ayam yang segar membuatkan kita dapat menikmati dim sum homemade yang sungguh memuaskan.

Para penggemar dim sum tidak akan ada alasan lain untuk mengatakan tidak kepada makanan itu di restoran itu apatah lagi Chef Chy mempunyai pengalaman membuat dim sum lebih 20 tahun dan pernah menghidangkannya  di serata dunia termasuklah Brazil dan Kemboja.

Chef, Chy Hoi Sun mempamerkan kebolehannya menyediakan Dim Sum pada sesi food review dan fotografi di Restoran Skaters Dim Sum, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 OGOS 2019

Meskipun dim sum yang disediakan berdasarkan tempahan dan segar namun harga yang ditawarkan masih ‘mampu milik’.

Antara berada kategori must try adalah Har Kau atau Prawn Dumpling dan Parslet with Chicken Dumpling.

Tidak kenyang dengan hanya dim sum? Jangan risau. Restoran Skaters Dim Sum ini turut mempunyai menu ala carte yang pelbagai dan tidak boleh dinafikan keenakannya.

Chef, Chy Hoi Sun mempamerkan kebolehannya menyediakan Dim Sum pada sesi food review dan fotografi di Restoran Skaters Dim Sum, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 OGOS 2019

Bukan itu sahaja, Restoran Skaters Dim Sum ini juga ada menghidangkan kek bulan sempena festivalnya bermula Ogos sehinggalah September nanti.

Eat all you can, pakej makan dim sum sebanyak yang anda mampu di situ dengan hanya serendah RM68. Sangat berbaloi! -MalaysiaGazette