Pesawat Jet2 melakukan pendaratan cemas di Porto selepas juruterbang kurang sihat dan pengsan atas pesawat.

PORTO – Pesawat Jet2 yang berlepas dari Manchester melakukan pendaratan cemas disebabkan juruterbangnya pengsan.

Pesawat itu difahamkan sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi Maderia melakukan lencongan ke Porto.

Syarikat penerbangan itu berkata juruterbang yang kurang sihat itu dikejarkan ke hospital setelah mendarat di Porto.

Kejadian berlaku pada pukul 10.20 pagi waktu tempatan dan landasan ditutup selama setengah jam sehingga 11 pagi bagi membolehkan pendaratan dilakukan.

Sumber lapangan terbang itu berkata operasi lapangan telah kembali normal.

Pasukan perubatan berkata, mereka menerima permintaan merawat juruterbang berusia 40 tahun yang telah dikejarkan ke hospital.

Jurucakap Jet2 berkata, pesawat LS765 dari Manchester ke Funchal telah dilencongkan ke Porto sebagai langkah keselamatan berikutan salah seorang juruterbangnya tidak sihat.

Sebuah pesawat dan krew gantian telah diterbangkan ke Porto untuk membawa penumpang Jet2 ke Funchal. – MalaysiaGazette