Awie berusia 53 tahun.

KUALA LUMPUR – Lagenda lagenda, Datuk Awie menjanjikan kelainan menerusi konsert solo yang dijadualkan pada Febuari depan.

Persembahan sempena ulang tahun ke-25 perjalanan secara solo diberi judul Konsert Awie Romantika.

“Setelah hampir 25 tahun tidak muncul dengan konsert secara solo, saya berharap peminat saya berasa teruja dengan penganjuran konsert ini.

“Saya berharap semua yang pernah membesar dengan lagu-lagu saya hadir ke konsert ini. Selain daripada berhibur, pihak penganjur juga ada menyediakan hadiah-hadiah istimewa dalam cabutan nombor bertuah.

“Istimewanya konsert bertema romantika yang dibawakan secara muzikal/teatrikal ini, sedikit sebanyak bakal membawa penonton mengimbau kembali zaman mereka masih muda, zaman ketika mereka baru mengenal erti cinta, ketika mereka baru merasa sakitnya patah hati, kisah cinta sebelum dan selepas ikatan perkahwinan,” katanya pada sidang media Konsert Awie Romantika di Flora Terrace, Hampshire Place di semalam.

Konsert anjuran bersama Atirox Ltd dan IK Global Berhad itu akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 15 Febuari depan.

Awie akan bergandingan dengan Ratu Rock, Ella.

Lebih menarik, konsert yang berlangsung pada bulan cinta tersebut menyaksikan gandingan antara Awie dan Ratu Rock Ella.

Awie pernah mengundurkan diri seketika dari kumpulan lagenda itu pada 1993 dan memulakan langkah beraninya bergerak secara solo dengan menampil lima album studio solo dan satu album ‘live’.

Bermula dengan album solo pertamanya ‘Awie’ pada tahun 1994, yang memuatkan lagu hits seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Permainan Duniawi dan Dibayang Awan, album itu mencecah jualan 220,000 unit, menjadikan beliau memegang Rekod Album Solo Lelaki Paling Laris Di Malaysia sehingga kini.

Disusuli dengan album seperti Awie – “Live” Unplugged (1995), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000) dan Santai (2005) berjaya mencipta fenomena tersendiri dan menjulang popularitinya sebagai artis lelaki popular.

Lagu seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Dipenjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi yang pastinya akan membawa peminat mengimbau kembali tahun-tahun mereka bersama Awie.

Sementara itu, tiket konsert akan dijual pada harga bermula RM88 hingga RM438.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.myticket.asia atau menghubungi talian 03-86050195. – MalaysiaGazette