Senarai warga negara Assam mendapati 1.9 juta adalah pendatang asing. foto BBC

NEW DELHI – India telah menerbitkan versi terakhir senarai kira-kira 1.9 juta penduduk di timur laut Assam yang telah dilucutkan kewarganegaraan mereka.

Pendaftar Warga Negara Kebangsaan (NRC) adalah senarai individu yang dapat membuktikan mereka datang ke negeri itu pada 24 Mac, sehari sebelum Bangladesh mengisytiharkan bebas daripada Pakistan.

Individu yang tidak disenaraikan mempunyai 120 hari untuk memohon daripada pelucutan warga negara.

Setakat ini tidak dapat dipastikan apa akan berlaku selepas ini.

India berkata, proses tersebut dijalankan untuk mengenal pasti pendatang asing Bangladesh.

Negara ini telah menahan beribu-ribu orang yang dipercayai warga asing dalam kem-kem sementara di penjara negeri tetapi penghantaran balik buat masa ini bukan satu pilihan kepada India.

Proses itu juga mencetuskan kritikan sebagai “pemburu sihir” terhadap etnik minoriti Assam.

Versi draf yang diterbitkan tahun lalu telah termasuk empat juta orang.

NRC diwujudkan pada tahun 1951 untuk mengenal pasti individu yang lahir di Assam dan merupakan warga India serta pendarang haram dari Bangladesh.

Pendaftaran itu dibuat untuk kali pertama.

Keluarga di negeri ini dikehendaki menyediakan dokumentasi untuk menunjukkan keturunan mereka dan mana-mana individu yang tidak dapat membuktikan kewarganegaraan mereka dianggap sebagai warga asing tanpa izin. – MalaysiaGazette