ODESSA, Texas – Mangsa korban insiden tembakan rambang di Texaas pada Sabtu lalu meningkat kepada lapan orang lewat malam tadi.

Media melaporkan, lapan mangsa termasuk suspek berusia antara 15 hingga 57 tahun.

Pihak polis telah mengenalpasti identiti suspek namun ketika ini viral suspek adalah lelaki berkulit putih berusia dalam lingkungan 30-an.

Polis mendedahkan identiti suspek sebagai Seth Aaron Ator berusia 36 tahun yang memandu berhampiran pawagam Odessa melepaskan tembakan bertalu-talu sehingga menyebabkan terdapat mereka yang maut dan cedera parah.

Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang lelaki menembak ke arah orang ramai ketika memandu di bandar Odessa dan Midland pada tengah hari, Sabtu lepas.

Suspek kemudian ditembak mati.

Polis juga mengesahkan suspek ditembak mati itu namun terdapat laporan yang menyatakan terdapat seorang lagi suspek yang masih bebas, dan perkara itu sedang disiasat.

Motif kejadian juga masih disiasat. – MalaysiaGazette