KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang ditemui di sebuah longkang di Persiaran Anggerik Renantanda, Seksyen 31, Shah Alam semalam tidak dapat dikenalpasti identiti dan kini polis sedang menunggu laporan cap jari mangsa.

Selain ketiadaan sebarang dokumen ditemui bersama mangsa, ketiadaan suntikan BCG pada badan mangsa juga membawa kemungkinan mangsa seorang warga asing

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin bin Mat Taib berkata, beliau tidak boleh mengesahkan sebarang kemungkinan sebelum memperolehi laporan cap jari mangsa untuk menentukan identitinya, sama ada orang tempatan atau asing.

Katanya proses bedah siasat dilakukan Dr. Kartini Md. Ariff di Hospital Shah Alam bermula 10 pagi hari ini.

“Namun identiti mangsa gagal dikenalpasti tetapi ukuran fizikal menunjukkan mangsa berketinggian 164 sentimeter dan seberat 58 kilogram, berbadan kurus serta berkulit cerah.

“Tiada kesan suntikan BCG ditemui pada badan mayat tetapi didapati berkhatan dan mengenakan baju kemeja T tanpa kolar berwarna biru gelap dengan tulisan ‘Emirates’ hijau serta logo Arsenal serta berseluar jean gelap panjang berjenama ‘Cello Jean, bersaiz 7,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambah beliau, pada kebiasaannya ketiadaan suntikan BCG boleh dianggap warga asing laporan cap jari akan diperolehi esok.

Malah hasil bedah siasat juga menunjukkan 1 hingga 3 luka kesan tikaman iaitu satu di dada dan dua tikaman pada abdomen ditemui dan punca kematian disebabkan olej luka tikaman di abdomen.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat berkaitan kes ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, ASP Yong Meng Heng di talian HP : 019-5753399 atau Pejabat : 03-55202222

Semalam Baharudin mengesahkan penemuan mayat lelaki oleh seorang peniaga wanita selepas terhidu bau busuk di sebuah longkang berhampiran kawasan pasar pagi Ahad di tempat letak kereta Seksyen 31 Shah Alam sekitar 8.30 pagi..- MalaysiaGazette