Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati jangan membeli atau mengambil dua produk yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu ‘Skinny Lolita’ dan ‘Xtreme Candy’.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Skinny Lolita dikesan mengandungi sibutramine manakala Xtreme Candy mengandungi tadalafil berdasarkan analisis makmal yang dijalankan pihak Health Science Authority (HSA), Singapura.

“Semakan mendapati produk Skinny Lolita tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan sehingga kini 81 paket produk itu telah dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM dengan nilai rampasan RM1,620,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata tiada produk Xtreme Candy ditemui di pasaran tempatan setakat ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast