Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Tengku Zarina Tengku Chik

KUALA LUMPUR – Securities Industry Development Corporation (SIDC), sayap pembelajaran dan pembangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Tengku Zarina Tengku Chik berkuatkuasa 1 September lalu.

Tengku Zarina sebelum ini merupakan Pengarah Sumber Korporat di SC.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SC SIDC berkata, Tengku Zarina mempunyai 27 tahun pengalaman dalam perkhidmatan kewangan global sama ada di sektor korporat mahu pun kewangan antarabangsa merangkumi pelbagai jenis perniagaan dan pasaran.

Kekuatan beliau adalah dalam bidang kredit korporat di mana Tengku Zarina pernah memegang pelbagai jawatan di dalam perbankan antarabangsa, perbankan korporat, pembangunan perniagaan, operasi perbankan, kecermerlangan operasi serta transformasi strategik.

Beliau pernah berkhidmat di pelbagai pusat kewangan utama termasuk di Hong Kong ketika memegang jawatan sebagai Timbalan CEO Maybank Hong Kong dari 2001 hingga 2005.-MalaysiaGazette