PLUS

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dinobatkan sebagai Pasukan Pengurusan Risiko Terbaik pada Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM) yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Pengiktirafan peringkat nasional ini dicapai selepas kemenangan kami pada Anugerah Risiko Strategik Asia Pasifik di Singapura.

Pengiktirafan ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan satu penghormatan apabila dipilih sebagai Pasukan Pengurusan Risiko yang terkemuka di negara ini,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

Anugerah itu telah membuktikan pasukan PLUS ‘Enterprise Risk’ telah berusaha untuk melaksanakan strategi pengurusan risiko secara berkesan dan memberi nilai tambah kepada organisasi ini.

Paling penting, kejayaan PLUS ini dapat diukur dan dinilai, tambah Azman.

Anugerah Pasukan Pengurusan Risiko MARIM telah dinilai menerusi dua peringkat proses penilaian, iaitu penyerahan dokumen komprehensif yang disediakan oleh pasukan dan pembentangan kepada panel hakim.

Pemenang bagi tahun-tahun sebelumnya adalah Malakoff Corporation Berhad pada tahun 2018, Telekom Malaysia Berhad pada tahun 2017 dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 2016. – MalaysiaGazette