TERKINI : “UMNO Kafir” Hadi Awang Tak Akan Tarik Balik Amanat – Salahuddin Ayub

PUTRAJAYA – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menarik balik kenyataan menggelarkan UMNO sebagai kafir.

Kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, ia akan dijadikan senjata akhir Pas sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti itu tidak berjaya sebagaimana yang dilakukan terhadap DAP sebelum ini.