TERKINI : Keluarga Mangsa “Peristiwa Memali Maafkan UMNO” – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Keluarga dan waris mangsa tragedi Memali telah memafkan UMNO sejak kedua-dua parti menyuarakan hasrat untuk menandatangani piagam bersama-sama.

Bukan sahaja kerana semua ahli patuh kepada kepimpinan, malah menurut Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, kejadian itu dianggap takdir yang telah berlaku.

Justeru ia tidak lagi menjadi isu berbangkit ke arah muafakat kedua-dua parti yang bakal ditandatangani pada Sabtu ini.