Majlis ramah mesra Brilliant Skin bersama pengedar dan franchaisi Malaysia di sini barubaru ini.

KUALA LUMPUR – Brilliant Skin Essentials Inc (Brilliant Skin), pengeluar produk penjagaan kecantikan dari Filipina komited untuk meluaskan penguasaan pasaran eksportnya di negara ini bagi memudahkan operasi para pengedar di sini.

Pengasas syarikat, Glenda Dela Cruz-Victoria berkata, pihak merancang membuka cawangan pertamanya menjelang suku keempat tahun ini dalam usaha memasarkan pelbagai barangan keluaran syarikat.

“Ketika ini, kami hanya memiliki dua pengedar di Malaysia iaitu di Johor dan Kuala Lumpur.

“Namun memandang sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan di negara ini, saya yakin kami mempunyai potensi besar dengan dengan cadangan pembukaan cawangan di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pengedar dan franchaisi Malaysia di sini baru-baru ini.

Glenda Dela Cruz-Victoria

Victoria menambah, syarikat turut merancang mempromosikan produk-produknya di platform beli-belah online iaitu di Lazada dan Shopee bagi memudahkan pelanggan membeli barangan syarikat pada masa depan.

“Pasaran online di Malaysia memiliki kelebihan besar kepada usahawan di negara ini mengaut keuntungan dan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Kami yakin ia akan memberi keuntungan kepada syarikat berbanding pasaran di Filipina,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Victoria memberitahu produk keluaran Brilliant Skin memiliki lebih daripada 20 produk dihasilkan melalui kilang yang dimiliki syarikat yang turut mendapat pensijilan halal daripada pihak berkuasa di sana.

Katanya, produk popularnya iaitu Rejuvinating Facial Set telah terjual sehingga 3.5 juta set di Filipina dan beliau berharap 10 peratus daripada jualan tersebut bakal disumbangkan daripada pasaran di Malaysia.

Syarikat kini memiliki lebih daripada 500 franchaisi dengan 10,000 pengedar di Filipina serta mengeksport produknya ke lebih pasaran antaranya ialah Timur Tengah, negara di Asia Tenggara, Jepun, dan Taiwan. – MalaysiaGazette

Brilliant Skin memiliki lebih daripada 20 produk.