Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump tidak percaya dakwaan bahawa Israel mengintip Amerika Syarikat.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas laporan Politico menyiarkan kemungkinan Israel berada di sebalik peranti pengawasan telefon yang ditemui berhampiran White House dan tempat lain di Washington.

Politico melaporkan peranti pengawasan kecil yang dikenali sebagai ‘StingRays’ ditemui dan dipercayai ada kaitan dengan Israel.

Israel telah menafikan laporan tersebut. – MalaysiaGazette