KUALA LUMPUR – Penyanyi Yuna terus melakar sejarah apabila membuktikan artis tempatan mampu diiktiraf oleh jenama antarabangsa.

Terbaharu, Yuna menjadi pilihan gambar muka depan album terbarunya, Rouge yang terpapar di poster Apple Watch 5.

Model Apple Watch itu baru saja dilancarkan pada Rabu lalu.

Menerusi poster dikeluarkan Apple itu, album Yuna ditampilkan bersama beberapa lagi paparan fungsi Apple Watch yang lain.

Yuna berkongsi berita itu menerusi satu posting di Twitter rasminya.

“Oh Yayyy, terima kasih Apple Music,” tulis Yuna ringkas.

Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu. – MalaysiaGazette