Gambar hiasan

JAKARTA – Parlimen Indonesia akhirnya bersetuju untuk menaikkan usia perkahwinan bagi wanita kepada 19 tahun berbanding 16 tahun sebelum ini.

Ketika mesyuarat bagi membincangkan semakan semula Undang-Undang No. 1/1974 untuk perkahwinan, jawatankuasa kerja Dewan Rakyat berbincang secara mendalam draf undang-undang usia minimum perkahwinan yang pada asalnya dicadangkan supaya dinaikkan kepada 18 tahun.

Bagaimanapun, selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Penguasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, Yonaha Yembise, jawatankuasa berkenaan bersetuju untuk menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 19 tahun untuk wanita dan lelaki.

Hanya dua parti berasaskan pergerakan Islam, Parti Keadilan Sejahtera dan Parti Persatuan Pembangunan yang mahukan usia minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun sahaja.

Menurut ketua jawatankuasa kerja berkenaan, Sudiro Asno, jawatankuasa tersebut akan meneruskan rundingan untuk meluluskan draf itu kepada undang-undang.

“Jawatankuasa mencadangkan supaya perbincangan ditukar kepada undian supaya draf tersebut boleh diluluskan sebagai undang-undang pada agenda akan datang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast