Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga negara Bangladesh ditemui mati disyaki ditetak dengan parang dalam satu pergaduhan di Segambut pagi tadi.

Kejadian didapati berlaku 9.12 pagi, hari ini di Jalan Kelapa Muda Kampung Segambut Bahagia.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, polis menerima maklumat kejadian sekitar 9.12 pagi mengenai satu insiden pergaduhan melibatkan kematian seorang lelaki di Kampung Segambut Bahagia, di sini.

“Anggota MPV bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan dan menemubual saksi-saksi kejadian dan pasukan forensik turut hadir.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia dalam lingkungan awal 30-an.

“Mangsa yang ditemui di bahagian pemandu kenderaan motokar jenis Toyota itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan pada anggota badan mangsa didapati simati mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan perut dipercayai ditetak dengan menggunakan senjata.

Katanya, Mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Siasatan kes masih diteruskan untuk mengenalpasti suspek dan motif sebenar di sebalik kejadian pembunuhan ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi ASP Azrizal Khairul (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 019-2769117, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.