Tun Dr. Mahathir Mohamad berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Ketiga Parti Bersatu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 SEPTEMBER 2019

KUCHING – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu tidak ada masalah apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali hadir dalam Sambutan Ulang Tahun Ketiga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut beliau, Azmin hadir atas jemputan dan majlis itu turut dihadiri oleh kepemimpinan PKR yang lain antaranya Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Iskandar Mohd Akin.

“Tidak ada masalah (untuk Azmin) hadir. Samsul Iskandar Akin pun hadir, tapi orang tak pandang.

“Dia (Azmin) hadir bila dijemput, tapi parti serta ahli boleh menilai kesetiaan pimpinan kepada parti. Tidak berbangkit masalah ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, hari ini.

Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa Azmin akan menyertai Bersatu susulan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilihat turut menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ketiga Bersatu di Shah Alam.

Malah Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti yang diasaskan beliau itu terbuka kepada semua individu tanpa mengira latar belakang.

“Kalau ada permohonan (daripada Mohamed Azmin), kita timbanglah (masuk Bersatu),” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program The Putrajaya Boat Race 2019 di Kelab Tasik Putrajaya, semalam. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kita akan pertimbangkan jika Azmin mahu sertai PPBM – Dr Mahathir