Michael Wirth. foto Agensi

NEW YORK – Serangan ke atas loji minyak Arab Saudi tidak akan banyak memberi kesan kepada pengeluaran minyak Amerika Syarikat dalam jangka pendek.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Chevron,  Michael Wirth dalam satu temubual bersama CNBC berkata, potensi perang skala besar di Timur Tengah akan “sangat mungkin” menyebabkan harga minyak melambung.

Wirth menambah, beliau tidak dapat membuat spekulasi bagaimana serangan baru-baru ini mungkin akan menjejaskan rancangan Tawan Awam Permulaan Aramco. – MalaysiaGazette