Kapal peronda pantai Rusia. foto Agensi

MOSCOW – Pengawal pantai Rusia merampas dua bot Korea Utara dan lebih daripada 80 anak kapal.

Rusia berkata, kapal-kapal itu terlibat dalam aktiviti menangkap ikan secara tidak sah di pantainya dan salah satu kapal itu melancarkan serangan bersenjata.

Tiga pengawal sempadan Rusia dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Korea Utara belum mengulas mengenai kejadian itu tetapi Kementerian Luar Negeri Rusia telah menyatakan “kebimbangan serius” dan memanggil diplomat utama negara itu.

Jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) berkata, kedua-dua kapal ini diiringi 11 bot-bot kecil dan dikesan menghampiri Tebing Yamato, yang terletak di antara Semenanjung Korea, Rusia dan Jepun.

Rusia mengatakan mereka ditangkap di Zon Ekonomi Eksklusifnya, 200 batu nautika (370 kilometer) dari pantainya.

Kapal-kapal yang ditahan itu dibawa ke pelabuhan Nakhodka, kata agensi berita Interfax, memetik FSB.

Ini bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku antara dua negara ini.

Korea Utara sebelum ini telah merampas bot Rusia dan Julai lalu seorang nelayan turut ditangkap. – MalaysiaGazette
.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.