Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri) bersama penulis buku Saodah Ismail (dua kiri) dan selebriti jemputan, Datuk Aznil Nawawi pada Majlis Pelancaran Buku Sudirman Yang Ku Kenali tulisan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Selebriti Datuk Aznil Nawawi kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Allahyarham sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser.

Allahyarham Azharnim, 61, menghembuskan nafas terakhir di sisi kaum keluarganya di sebuah hospital swasta di sini.

Menurut Aznil, abangnya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat kelmarin.

Pada 19 Ogos lalu, Aznil turut kehilangan seorang lagi abangnya, Azmir. – MalaysiaGazette