KUALA LUMPUR – Seorang doktor perubatan menafikan dia merupakan seorang testimoni kepada produk makanan tambahan yang baru dilancarkan oleh pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.

Dikenali sebagai Dr Imelda Balchin, dia turut melahirkan rasa marah dengan promosi yang dibuat di Instagram milik Rizalman itu.

“Saya sangat marah bahawa ada seorang Dr Imelda membuat testimonial penjualan produk.

“Untuk pengetahuan anda, doktor ini BUKAN SAYA.

“Jika penjual produk ini tiada bukti kajian perubatan, mereka tak patut menipu rakyat dengan hanya testimonial.

“Mereka mesti tunjuk apakah kajian perubatan yang membuktikan keberkesanannya, bukan tunjuk testimonial,” tulisnya di Facebook miliknya.

Dia turut memuat naik tangkap layar perbualan antara Rizalman dan Dr Imelda yang didakwa dirinya.

Imelda menambah, testimoni itu bukan bukti perubatan dan tiada makna langsung.

Jelasnya tidak kira siapa yang menjadi testimonial itu, masyarakat jangan percayakannya.

“Jangan buang masa pun baca apa-apa testimonial.

“Jika seorang doktor membuat kenyataan produk ini berkesan tanpa menunjukkan bukti kajian perubatan, maka kenyataan doktor itu tidak boleh diiktirafkan sebagai bukti.

“Adalah satu kesalahan etika jika seorang doktor mempromosikan apa-apa produk atau membuat testimonial untuk penjualan produk. Ini boleh dikenakan tindakan dari Majlis Perubatan Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, di Insta Story milik Rizalman, dia menjelaskan terdapat kekeliruan individu sebagai Dr Imelda.

Jelasnya, bukan hanya ada seorang Dr Imelda di negara ini.

Pada masa sama, Rizal yang juga pereka hiasan memperkenalkan seorang wanita bertudung yang dikenali Dr Imelda yang sebenarnya.

Isnin lalu, Rizalman memperkenalkan produk kesihatan dalam usaha menceburi bisnes kecantikan dan kesihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast