KUALA LUMPUR – Penghijrahan penyanyi Yuna terus membanggakan negara kerana terus meraih pencapaian terbesar di arena antarabangsa.

Terbaharu anak kelahiran Kedah itu mendapat pengiktirafan lagi apabila dia sudah bernaung bawah agensi peragaan terkenal antarabangsa iaitu Wilhelmina Models .

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai mengumumkan berita gembira tersebut bersama dengan peminatnya di laman Instagram.

Berita gembira itu sudah menular di media sosial dan menjadi trending di laman Twitter.

Yuna menyertai selebriti antarabangsa lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo. – MalaysiaGazette