Jeanne Calment. foto Agensi

PARIS – Perancis enggan menukar sijil kematian individu paling tua meskipun wujud dakwaan penipuan oleh penyelidik-penyelidik Rusia.

Jeanne Calment meninggal dunia pada tahun 1997 ketika usia 122 tahun tetapi kajian Rusia mendakwa wanita itu meninggal dunia pada tahun 1930-an.

Mereka mendakwa anak perempuan Jeanne telah menggunakan identiti ibunya untuk mengelak membayar cukai warisan.

Tetapi sekumpulan pakar Perancis telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Penyelidik Rusia, Velery Novoselov dan Nikolay Zak berhujah dalam jurnal saintifik penyelidikan pada bulan Disember bahawa Calment sebenarnya meninggal dunia pada tahun 1934 berusia 59 tahun.

Mereka mendakwa anak perempuan Jeanne – Yvonne yang meninggal pada tahun 1997 pada usia 99 tahun.

Para penyelidik menyatakan Yvonne telah menggunakan identiti ibunya bagi mengelak membayar cukai warisan.

Penyelidik memetik dokumentasi rasmi yang menyatakan bahawa Jeanne mempunyai warna mata yang berbeza pada masa yang berlainan – menandakan ia bukan orang yang sama.

Malah, Datuk Bandar juga mendakwa Jeanne kelihatan sangat muda untuk usianya ketika melawat wanita itu ketika dia berusia 100 tahun. – MalaysiaGazette