Aliff Satar. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.
Aliff Satar. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Isteri penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar, Shadila Halid selamat melahirkan anak ketiga mereka lewat malam tadi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alif berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah allahuakbar allahuakbar allahuakbar my wife @shadilahalid at 11.21 pm, 19/09/19, safely delivered our third child. A healthy baby boy,” tulisnya.

Lebih menggembirakan, pelantun lagu I Want You To Love Me berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran yang sama dengan anak bongsunya itu.

Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Shadila pernah keguguran awal tahun ini sebelum hamil semula. – MalaysiaGazette