KUALA LUMPUR – Kabinet menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan penggabungan Universiti Malaysia Terenganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyatakan keputusan itu selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Siti Hamisah Tapsir baru-baru ini.

“Keanggotaan jawatankuasa tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat dan terdiri dari pihak-pihak yang berkepentingan khususnya UMT dan UniSZA,” katanya kenyataan itu.

Langkah itu dilihat akan diperkasakan lagi fokus kedua-dua buah universiti berkenaan dan memberi nilai tambah kepada pelajar, pensyarah, warga universiti dan komuniti setempat.-MalaysiaGazette